Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran baru sahaja mengumumkan bahawa PPSMI akan dihentikan pelaksanaannya... Adakah satu tindakan yang relevan dan wajar?
Mungkin ramai melihatnya sebagai satu tindakan yang boleh dianggap mempertaruhkan anak-anak sebagai bahan ujikaji....
Sebenarnya ia bukanlah seperti apa yang dijangkakan. Bagi mereka yang memikirkan untuk suatu tempoh jangka masa panjang, ia merupakan satu langkah yang bijak yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menaikkan lagi mutu atau taraf pendidikan di Malaysia, khususnya dalam pendidikan Matematik dan Sains. Tetapi mungkin percaturan yang dibuat sedikit meleset menyebabkan persaingan untuk mejadikan pengajaran Matematik dan Sains dalam BI supaya negara berada di tahap yang terbaik tidak berhasil, sebaliknya menyebabkan kedudukan kita di peringkat anarabangsa semakin menurun.
Mungkin cara pelaksanaannya yang terlalu drastik menyebabkan ramai berasa ia suatu tindakan yang bodoh, tetapi ia sebenarnya adalah untuk kepentingan anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Keputusan kerajaan menghentikan PPSMI dilihat oleh sesetengah pihak sebagai suatu tindakan yang wajib. Ini berikutan keputusan UPSR yang menunjukkan pengurangan dari segi peratusan pencapaian yang diperoleh oleh para pelajar. Disamping itu, para pelajar sebenarnya harus didedahkan atau diajar menggunakan bahasa yang mudah difahami bagi mereka dapat menguasai pembelajaran subjek Matematik dan Sains. Tidak ada gunanya sekiranya kita ingin mencapai jumlah mereka yang pintar dalam subjek Sains dan Matematik dalam BI tetapi ia sebenarnya cemerlang dari aspek teori sahaja, praktikalnya tidak. Ini sangat membimbangkan...
Jadi biarlah pelajar-pelajar diajar Matematik dan Sains dalam bahasa yang mudah untuk mere ikuti kerana ia sebenarnya berguna kepada mereka bukan untuk peperiksaan semata-mata sebaliknya untuk kehidupan seharian mereka juga. Tidaklah perlu kita mengejar suatu yang belum pasti mencapai kecemerlangan tetapi meninggalkan atau membelakangkan kecemerlangan yang telah sedia diperoleh.
Jadi sam-samalah kita fikir-fikirkan samaada pemansuhan PPSMI ini mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada semua pihak. Tdak perlu mempolitikkan isu ini kera ia sebenarnya adalah untuk kepentingan kita sebagai anak bangsa Malaysia yang hidup di bawah satu bumbung. Sekirataya perdebatan untuk memanjangkan topik ini dilakukan, ianya dilihat sebagai suatu agenda untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kepentingan bersama..
Fikir-fikirkanlah....