Sunday, December 21, 2008

Kawal Marah

Setiap manusia mempunyai naluri marah; samaada tinggi atau rendah. Terpulanglah pada diri seseorang itu untuk mengawal perasaan marahnya. Namun, kita haruslah bijak menggunakan perasaan marah kita pada tempat yang sesuai; melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat agama harulah kita marah
Orang yang paling kuat sebenarnya bukanlah mereka yang mampu mengalahkan ramai orang dalam pergaduhan, sebaliknya orang yang paling kuat adalah mereka yang mampu untuk mengawal kemarahannya apabila dia berada dalam ketegangan. Ini bermakana mereka yang mampu untuk mengawal marahnya daripada dilemparkan kepada seseorang adalah yang terbaik dikalangan mereka.
Tidak ada gunanya sekiranya kita marahkan seseorang lalu kita melepaskan kemarahan tersebut kepadanya kerana ini hanya akan membuatkan Syaitan berasa bertambah  gembira. Mahukah kita menjadi sahabat kepada Syaitan dengan melakukan apa yang disuruhnya?
Sama-samalah kita fikir-fikirkan...

Sunday, November 30, 2008

Cinta....buat insan yang bernama......

Cinta kepada seseorang sememangnya sukar dilafazkan. Sekali terlafaz bermakna orang yang dipilih sesuai untuk dijadikan teman sejati...
Namun ramai antara kita yang masih keliru..
kita CINTA kepada seseorang namun sayang kita pada orang lain...
Ini adalah satu kesilapan sehingga menyebabkan kepada kehancuran sesebuah percintaan.
Janganlah kita mensia-siakan insan yang kita sayang...
Jadikanlah dia insan yang terbaik  dalam hidup anda...
bagi saya..
insan dihati adalah dia yang mengenali diri ini...
seorang yang boleh dijadikan sahabat baik apabila berada dalam kesusahan..
Dia yang menyayagi diri ini sebaik mungkin
Dia yang sentiasa menggembirakan diri...
Dia......

Tuesday, October 21, 2008

Nota Penting!!!

Apakah perkara yang perlu digubal dalam sistem pendidikan
di Malaysia?

1. Kemahiran 3M perlu di tekankan kepada pelajar sekolah rendah
2. Pelajar-pelajar yang gagal melepasi peperiksaan UPSR tidak dibenarkan meneruskan pengajian
di peringkat menengah
3. Sistem kenaikan pelajar ke Tingkatan 4 selepas peperiksaan PMR perlu diteliti
-pelajar yang tidak lulus dalam PMR tidak dibenarkan meneruskan
pelajaran ke peringkat SPm sebaliknya diberikan Pendidikan Teknik dan
Vokasional untuk memberi mereka peluang mempelajari kemahiran
4. Sistem pendidikan di Malaysia tidak boleh dipolitikkan dan dikuasai oleh mereka
yang mementingkan kepentingan peribadi daripada melihat para pelajar menguasai
pendidikan untuk kegunaan masa hadapan
5. Sistem pendidikan haruslah tidak menjerumus kepada 'exam based' kurikulum, sebaliknya
lebih kepada ilmu untuk kegunaan bagi suatu tempoh jangka masa yang panjang.
6. Pengajaran Sejarah bagi pelajar UPSR haruslah diteliti dengan sebaiknya
agar ia tidak menjadi satu bebanan kepada para pelajar sekolah rendah supaya mereka dapat memperoleh keputusan yang cemerlang tanpa mencacatkan sijil peperiksaan.

Wednesday, June 25, 2008

FRIENDS......


How do you know you've found your best friend. When you are ready to talk to them about anything, even though they know everything about you already."

"A friend with break your heart, a friend will mend it, a friend will provide you with every feeling in the world, good and bad. A friend is emotion incarnate."


a Letter to a FRIEND!!!

Do you know how I feel when you touch my heart
Can you hear me cry inside at your silent embrace
Do you see the fear I keep hidden away
Can you feel the pain I never show

I can't help but smile when you touch my heart
You can't know the warmth it brings me
I can't bring myself to share the love
You can't see the hope in my soul

If only I too touch your heart
I only try to ease your fears
If only I could help as much
I only wish I were as true

Do you know you touch my heart
I love you being in my life
Do you feel the way I do
Do you know you touch my heart

IPSAH

i'm back to IPSAH for my practicum
13-7-2008....Sek. Men. Keb. Bukit Selambau...
Students...i'm your new English Teacher...hahahahah
am i READY?

Monday, June 9, 2008

Baksis.....

Finally my Baksis had gone as scheduled...hohohoho
even so many problems, nevertheless, we were able to face it together...
thanks to all my crews.... u guyz did a very good job....

Sunday, May 25, 2008

Ciri-Ciri orang yang POSITIF

1. Orang yang bersikap positif semakin tercabar, semakin kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin - apabila terkena api, hancur lebur; apabila terketuk oleh cabaran, berkecai.

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir. Kita juga berharap Datuk Seri Abdullah boleh bertindak seperti gam "exhaust pipe".

Ciri-Ciri Orang-Orang yang Positif
Meningkatkan Keyakinan Diri







2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!

Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat muflis. Tetapi, Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu sudah boleh digunakan. Ia telah gunakan kapal-kapal tersebut untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Onassis telah dapat melihat peluang dalam kegawatan sedangkan orang lain lebih melihat halangan dalam kegawatan.

3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
Mantan Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, "Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh".

Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi. Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:

Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!
4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia".

Dengan sikap seperti ini, setiap orang boleh berjaya. Malah dengan bersikap demikian juga, dapat pula ia membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara yang membina.

Orang yang positif bertanggungjawab kepada diri sendiri serta tindakan-tindakannya - berdikari. Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya.

5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.

Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada orang lain. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh.

Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah.

Kekurangannya, serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak.

Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak. Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Presiden Lincoln yakin akan penerangan Stanton itu, lalu terus menarik balik rancangannya tadi.

Sebaliknya, Presiden Suharto (Indonesia) yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan.

Inilah juga yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin di negara kita sekarang ini. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan fikiran. Jika ini dapat diamalkan, insyaAllah rakyat akan merasa sentiasa terbela. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas. Rakyat adalah pelanggan yang mesti diberi kepuasan oleh pemimpin.

7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh
Boleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan pernah jatuh bukan sekali, malah beberapa kali, tetapi, mereka ini dapat bangun semula daripada kejatuhan.

"Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut."
Bidalan - Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.

Biodata IBLIS!!!

Nama : IBLIS LAKNATULLAH
T.Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar pasar
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar
Logo : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat : Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Makanan kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Tugas yang paling disukai : Homoseks dan lesbian
Janji janji : Janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah

Kalimat BISMILLAH

ULAMA mengatakan bahawa mengucapkan Bismillah dalam setiap permulaan urusan seperti makan, minum, menyembelih dan bersuci adalah sunat.

Firman Allah bermaksud: "Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya." (Surah al-An’am, ayat 118).

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca Basmalah, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka." (Hadis Riwayat Muslim).

Imam al-Qurthubi menyatakan dalam kitabnya, Tafsir al-Qurtubi, katanya diriwayatkan daripada Waqi' daripada al-A'masy daripada Abu Wail daripada Ibn Mas'ud berkata: “Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu.”

Perkataan Bismillah (sebutan penuh dalam bahasa Arab) mempunyai 19 huruf yang menunjukkan bilangan malaikat yang menjaga neraka (Saqar) seperti firman Allah SWT bermaksud: "Dan apa jalan engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?; Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus); Ia terus membakar kulit manusia!; Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat)." (Surah al-Muddatthir, ayat 27-30).

WORK IS LOVE MADE VISIBLE

Success in its highest and noblest form
calls for peace of mind, enjoyment, and happiness.
This comes only when you find the work that you like best.

If you enjoy what you do, you'll be successful.
If you don't enjoy what you do, you won't be successful.
Your success in any occupation depends on your enjoyment.
Loving your work will make all the difference.

You'll never achieve real success unless you like what you're doing.
Your chances for success will be directly proportional
to the degree of pleasure you derive from what you do.
If you have a job you hate, face the fact squarely and get out.
Work is reward, not punishment.

You don't pay the price for success.
You enjoy the price of success.

The Secret of LOVE...

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti
bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan
adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu

Saturday, May 24, 2008

alahai wanita!!!

Kenapa wanita cukup sensitif apabila timbul sesuatu isu khususnya isu yang boleh mencetuskan pergaduhan antara pasangan?
Siapa yang harus dipersalahkan apabila wanita membangkitkan benda yang sememangnya tidak perlu diperbesar hanya untuk menarik perhatian kepada pasangannya?
sememangnya ini adalah suatu perkara yang harus diteliti oleh setiap pasangan yang bercinta...
janganlah disebabkan perkara kecil sehingga boleh menyebabkan kepada terjadinya suatu perpisahan yang amat menyedihkan...
pikir-pikirkanlah....