Tuesday, October 21, 2008

Nota Penting!!!

Apakah perkara yang perlu digubal dalam sistem pendidikan
di Malaysia?

1. Kemahiran 3M perlu di tekankan kepada pelajar sekolah rendah
2. Pelajar-pelajar yang gagal melepasi peperiksaan UPSR tidak dibenarkan meneruskan pengajian
di peringkat menengah
3. Sistem kenaikan pelajar ke Tingkatan 4 selepas peperiksaan PMR perlu diteliti
-pelajar yang tidak lulus dalam PMR tidak dibenarkan meneruskan
pelajaran ke peringkat SPm sebaliknya diberikan Pendidikan Teknik dan
Vokasional untuk memberi mereka peluang mempelajari kemahiran
4. Sistem pendidikan di Malaysia tidak boleh dipolitikkan dan dikuasai oleh mereka
yang mementingkan kepentingan peribadi daripada melihat para pelajar menguasai
pendidikan untuk kegunaan masa hadapan
5. Sistem pendidikan haruslah tidak menjerumus kepada 'exam based' kurikulum, sebaliknya
lebih kepada ilmu untuk kegunaan bagi suatu tempoh jangka masa yang panjang.
6. Pengajaran Sejarah bagi pelajar UPSR haruslah diteliti dengan sebaiknya
agar ia tidak menjadi satu bebanan kepada para pelajar sekolah rendah supaya mereka dapat memperoleh keputusan yang cemerlang tanpa mencacatkan sijil peperiksaan.