Sunday, December 21, 2008

Kawal Marah

Setiap manusia mempunyai naluri marah; samaada tinggi atau rendah. Terpulanglah pada diri seseorang itu untuk mengawal perasaan marahnya. Namun, kita haruslah bijak menggunakan perasaan marah kita pada tempat yang sesuai; melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat agama harulah kita marah
Orang yang paling kuat sebenarnya bukanlah mereka yang mampu mengalahkan ramai orang dalam pergaduhan, sebaliknya orang yang paling kuat adalah mereka yang mampu untuk mengawal kemarahannya apabila dia berada dalam ketegangan. Ini bermakana mereka yang mampu untuk mengawal marahnya daripada dilemparkan kepada seseorang adalah yang terbaik dikalangan mereka.
Tidak ada gunanya sekiranya kita marahkan seseorang lalu kita melepaskan kemarahan tersebut kepadanya kerana ini hanya akan membuatkan Syaitan berasa bertambah  gembira. Mahukah kita menjadi sahabat kepada Syaitan dengan melakukan apa yang disuruhnya?
Sama-samalah kita fikir-fikirkan...