Kedengarannya memang berat, tetapi, apabila berbicara tentang manusia dan kehidupan, terlalu banyak rencah dan resamnya yang terpaksa ditempuhi setap jiwa yang waras. Sinonimnya, di sepanjang tempoh kita mengheret langkah mengharungi dunia yang penuh dugaan dan cabaran ini, secara sedar mahupun tidak, setiap jiwa itu tidak akan terlepas daripada tertegur oleh bermacam aneka rasa yang tercetus daripada rentetan perjalanannya; sayang-rindu, marah-dendam, gembira-bahagia, dengki-iri hati, dan sudah tentunya dengan apa yang dipanggil S-U-N-Y-I...
Hakikatnya, manusia hadir dan pergi dengan pelbagai konfliknya yang sendiri-sendiri. disebabkan itu, lahirlah kombinasi perasaan yang berbeza mengikut rentak dan tarinya. Apabila sayang, pasti ada rindu dan cemburu; apabila marah, berputiklah dendam; apabila gembira disusuli oleh bahagia;apabila hati diselubungi dengki, lahirlah irihati, itulah seburuk-buruknya peribadi.
Namun, walau apapun kombinasinya, yang jelas tidak ada di antara kita yang terlepas daripada dicengkam sepi. Percaya atau tidak, kesunyian atau kesepain adalah teman paling akrab yang mendampingi hidup setiap manusia. Siapa saja....