Sekali imbas memang mudah untuk menyebut PERPADUAN...
tetapi fikirkah kita bahawa sungguhpun senang untuk disebut dan diungkap namun untuk melaksanakannya adalah suatu yang rumit...
Mampukah kita untuk menerapkan PERPADUAN di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum andai PERPADUAN di dalam satu-satu kaum atau bangsa itu sendiri tidak mampu untuk dibina atau ditegakkan?
Kita senagai rakyat Malaysia haruslah berfikir mana yang baik atau mana yang buruk...
Tidak ada gunanya kita berdebat dari pagi hingga ke petang sekiranya tiada jalan penyelesaian atau kata putus mampu dihasilkan...
Tiada gunanya sesama kaum berbalah hanya untuk memuaskan sebelah pihak...
Kepentingan sesuatu bangsa adalah bergantung kepada bangsa itu sendiri...masyarakat haruslah bersatu padu tanpa mengira perbezaan politik demi menjaga kepentingan bangsa tersebut....
Mahukah kita melihat bangsa kita sendiri runtuh dan ditindas?
Mahukah kita melihat anak bangsa kita pada masa hadapan sudah hilang identitinya sebagai anak bangsa merdeka?
Mahukah kita melihat penjajahan berlaku semula setelah kita mengecapi nikmat kemerdekaan bersama?
Sebenarnya tidak ada guna kita bermusush-musuhan antara sesama bangsa...Ini hanya akan merugikan kita tetapi menguntungkan pihak-pihak yang lain...
Mereka hanya tunggu dan lihat bilakah kita akan bepecah...seterusnya mengambil peluang untuk mengganggu gugat ketenteraman negara...
Janganlah kita biarkan negara kita dijajah semula...
BAngkitlah wahai BANGSA MALAYSIA...
janganlah engkau bermusuh-musuhan disebabkan ideologi politik yang berbeza...
Bersatulah kita menegakkan bangsa yang tercinta....!!!