Tuesday, June 30, 2009

Terima Kasih Insan...


Kehadiranmu dikala hati terasa sunyi...
Mengenangkan kehidupan yang tiada tahu di mana penghujungnya
Setelah kesepian menghujani perasaan
di sebalik liku-liku yang penuh pancaroba

Mungkin bagi engkau ini adalah satu permulaan kepada sebuah perjalanan
yang mungkin akan berakhir di atas satu tali
tali yang menghubungkan sebuah perjalanan
dimana kita seiring berjalan di atasnya

Bagiku cukuplah apa yang telah kulalui
disepanjang onak dan duri kehidupan
yang telah mematangkan diriku untuk
lebih mengenali makhluk ciptaanNya
yang bergelar INSAN

Terima kasih kerana Engkau kerana memberiku peluang
untuk menghayati erti kehidupan bersama insan
yang sanggup menerima seadanya
diri yang serba kekurangan

Terima kasih kepada-MU kerana
mengerti akan kesedihan yang dirasai

1 comment:

  1. mkwe baru yer?
    comel..
    niwei, wish u hepi
    n org doakn smoge berbahgia
    nnt nk kawen, bgtau?
    heheeh

    ReplyDelete

Feel free to give your comments