Sunday, February 22, 2009

Pentingkah Aku??

Aku terbang
dalam dunia yang penuh dugaan
yang aku sendiri tak tahu bila akan berakhir
bila akan sampai penghujung

Mungkin hari ini
Mungkin esok
Mungkin lusa
aku akan berpisah dengan kalian
pergi ke suatu tempat
yang aku sendiri belum pernah pergi
untuk terus berada disitu

Tiada siapa yang boleh menghalang aku
dari terus pergi ke situ
kerana
aku telah ditetapkan untuk berada disitu

kawan
teman,
sahabat
rakan
kekasih
aku terpaksa pergi tinggalkan kalian
kita mungkin takkan dapat berjumpa lagi
tetapi aku tahu kalian akan ingat akan aku

kerana...

aku telah banyak melukai kalian
banyak membuatkan kalian sedih
banyak membuatkan kalian marah
banyak membuatkan kalian tersinggung
tetapi...
yang paling penting
banyak membuatkan kalian mengerti
akan erti sebuah persahabatn...

ramai yang tidak tahu...
kita berbeza tetapi kita sama
kita berlainan tetapi kita serupa
kita pelbagai tetapi kita bersama
dalam menempuh suka duka dunia...

jangan kalian menangis
jangan kalian merintih
kerana aku pergi untuk selamanya

kalian akan melupakan aku
esok..
kerana aku sudah tiada maknanya pada kamu

buat apa mengenangkan seseorang yang tiada?
hanya menghabiskan masa dengan sia-sia?
aku tiada jawapannya..

No comments:

Post a Comment

Feel free to give your comments