Sunday, February 22, 2009

aku ingat!!!

Aku mencari seseorang
dia yang belum pernah aku ketemui sebelumnya
datang tanpa dipinta
pergi tanpa ditanya
kemana???

wajanya pernah bertakhta dihati ini
walaupu hanya seketika
tetapi membawa sejuta rasa
bagi hati yang tidak cukup sebuah erti kasih sayang

mengapa kau harus pergi?
mengapa itu yang kau pinta?
kau tahu apa itu cinta?
kau pergi tanpa sebarang kata?

pedih hati untuk menerima kenyataan
hilangnya suatu yang sangat di damba
setelah bersama untuk suatu jangka
mengapa itu yang kau pinta?

mungkin kau x menyangka
aku mampu untuk mengingat hampir semua
kenagangan kita bersama
disaat kau mula berda di mata
hingga kau melepaskan kata-kata
'Saya dah bosan dengan awak'...

tahukah kau ungkapan itu sangat menikam hati?
semacam dicampakkan suatu yang keras,
pecah berderai tanpa meninggalkan sedikitpun serpihan
pecah dan menjadi abu...
lalu ditipu angin...

kita bermula sebagai kenalan
yang membawa kepada percintaan
yang mana denga sama-sama persetujuan
untuk bersama berkongsi kesepian dan kegembiraan

namun dimana silapnya?
kau mula menjarakkan hatimu
dari terus mendampinginiku
kau memberikan bermacam-macam alasan
untuk menjauh dariku
semacam aku tdak mengerti semuanya
konspirasi dalaman
yang mengundang kepada kehancuran...

kau mengelak apabila aku ingin memberikan penjelasan
menghapuskan peluang untuk terus bersama
meniti kehidupan yang dijanjikan pada suatu masa
dimana ia harus berakhir?
disini????

aku tiada jawapan
mungkin engkau juga begitu
kerana aku tahu engkau
terlalu sukar untuk mengambil keputusan
yang
menghancurkan hidupmu..
keputusan atas dasar ingin melupakan
bukan untuk meleraikan

aku tahu...
keputusan engkau hanya akan membuatkan mu
lebih merana
engkau tiada niat

tetapi sekali ia diungkapkan, engkau tidak mampu untuk
mengembalikannya semula
kerana masa yang sama tidak akan berulang..

ingatlah...
apa yang aku lakukan adalah yang terbaik yang mampu bagiku
untuk dirimu
janganlah engkau membezakan aku dengan mana-mana insan
kerana aku tidak akan sama dengan mereka

aku mampu berdoa agar engkau menemui seseorang yang mampu membuatkan kau gembira
sungguhpun bagiku itu tidak mampu untuk ku laksanakan
ketika bersama denganmu..
kerana aku tidak sesempurna mana-mana insan
yang pernah engkau sayang

1 comment:

  1. emmm
    laen mcm jer ni...
    why?
    did u have any prob with ehmm2??

    ReplyDelete

Feel free to give your comments