Sunday, March 22, 2009

Earth Hour ...60 minutes only....


VOTE EARTH

YOUR LIGHT SWITCH IS YOUR VOTE

This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming.

For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009.

This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard. Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness. In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday. We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations. VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour. Saturday, March 28, 8:30-9:30pm.

Sunday, March 8, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H


Setiap tahun pada tanggal 12 Rabiulawal, umat Islam meraikan satu lagi tarikh yang amat bermakna dalam kalendar Islam iaitu tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Baginda adalah seorang insan yang terbaik yang pernah diutuskan oleh Allah SWT di atas muka bumi ini sebagai petunjuk bagi golongan-golongan jahiliyah.
Sewajarnya kita sebabagi umat Islam mengingati tarikh ini kerana ia adalah sutu tarikh yang amat penting. Adalah tidak wajar sekiranya kita mengagung-agungkan tarikh kelahiran artis-artis mahupun orang perseorangan tetapi kita lupa tarikh insan yang telah menyumbang banyak kepada perkembangan Islam di muka bumi ini.
Ingatlah kita bahawa Baginda Rasulullah SAW adalah diutuskan rahmat untuk sekelian alam...

Selamat menyambut MAULIDUR RASUL 1430 HIJRIAH..

Saturday, March 7, 2009

Kurang bercakap...

Kurang berkata-kata yakni tidak banyak bercakap.

Nabi SAW. telah bersabda yg bermaksud:
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,hendaklah dia berkata benar atau dia diam.

Sebagaimana lidah itu diam, begitu juga hati perlu diam dan para hukama banyak mewarisi hikmat dengan banyak diam dan banyak berfikir.
Mu'az bin Jabal r.a pernah berkata :" Berbicaralah tentang manusia itu dengan kadar yang sedikit, dan banyakkanlah berbicara tentang Tuhanmu,
mudah-mudahan hatimu dapat melihat Tuhanmu."
Sesetengah ulama menjelaskan bahawa Allah SWT menjadikan dua telinga dan satu lidah adalah supaya manusia lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
Sesetengahnya pula berkata bahawa lidah itu seperti binatang buas- jika kita tidak mengikat janji dengannya, maka dia akan memusuhi kita.
Abu Hafs berkata, " Orang awam berdiam diri dengan lidahnya, orang yang arifin berdiam diri dengan hatinya, dan orang yang muhibbin yakni yang
kasih kepada Allah SWT berdiam diri daripada kebimbangan jiwanya." Dan dia juga berkata, " Sekalipun lidahmu diam, engkau tidak akan terlepas
daripada kata-kata oleh hatimu".
Nabi SAW telah berpesan kepada Mu'az bin Jabal supaya meninggalkan kata-kata yang tidak perlu, dan baginda memperingatkannya tentang akibat daripada lidah.
Basyar al-Khafi berkata," Jika dengan kata-kata akan membuat kau bangga, maka hendaklah kau diam,dan apabila dengan sebab diam membuat engkau bangga,
maka lebih baik engkau bercakap".
Tidak sempurna dan sah seseorang itu ber'uzlah melainkan dia memeastikan dirinya diam terlebih dahulu, sebagaimana yang dilakukan oleh Daud al-Tha'i dan lain-lain

Thursday, March 5, 2009

Bahasa Kebangsaan = Bahasa Melayu???

Mengapa masyarakat Malaysia tidak berbangga dengan bahasa Melayu?

Pertama kali mari kita meneliti mengapa bahasa kebangsaan kita perlu diperjuangkan?
Apabila kita menyebut bahasa kebangsaan, ini bermakna bahasa perantaraan utama yang digunakan di negara ini sebagai bahasa rasmi.
Kita tidak patut menyebut bahasa kebangsaan kita sebagai bahasa Malaysia...Mengapa?
Ini kerana tiada negara yang menggunakan nama negara mereka sebagai nama bahasa rasmi..
Jadi, untuk kita, Malaysia, maka sebutan yang terbaik adalah Bahasa MElayu...
Ini bukan bermakna kita bersifat perkauman...
Sememangnya semua masyarakat di MAlaysia berkongsi satu bahasa dimana semua masyarakt memahami serta mampu bertutur dengannya, iaitu Bahasa Melayu
Jadi, adalah tidak salah sekiranya sebutan Bahasa Melayu diangkat sebagai sebutan rasmi untuk Bahas Kebangsaan, bukan Bahasa MAlaysia.

Berbalik kepada topik perbincangan, 'Mengapa masyarakat Malaysia tidak berbangga dengan bahasa Melayu?'
Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam sebuah negara yang aman makmur, berbilang kaum serta bebas merdeka, seharusnya kita berbangga dengan bahas
yang kita pertuturkan seharian. Namun dewasa ini, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama atau rasmi negara sudah dianggapp sebagai suatu yang tidak
penting. Kita lebih engutamakan bahasa Inggeris yang diangga sebgai bahas perantaraan antarabangsa yang penting. Mengapa ini terjadi?
Kemanakah hilangnya identit bahasa Melayu kita yang suatu masa dahulu dianggap sebagai bahasa lingua franca yang terpenting?

Memang tidak dinafikan bahawa seluruh dunia sekarang amat mementingkan bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa komunikasi yang utama.
Ia juga adalah bahasa yang dimana kebanyakan sumber-sumber maklumat yang terkandung adalah dalam bahasa Inggeris. Namun, adakah ini bermakna
kita perlu mengagung-agungkan bahasa Inggeris sehingga mengetepikan bahas Melayu kit sendiri?
Dimanakah identiti kita sebagai masyarakat Malaysia?
Kita ingin membina tamadun Malaysia, tetapi apakah usaha atau cara yang kita lakukan untuk membina ketamadunan Malaysia itu?
Mungkin sesetengah daripada kita menganggap Malaysia adalah sebuah negara yang masih muda untuk membina ketamadunannya sendiri jika dibandingkan dengan
tamadun-tamadun lain yang telah berusia berabad-abad lamanya. Tidak salah sekiranya kita mempunyai hasrat tersebut. Bermula dengan suatu yang kecil,
jika berterusan akan menghasilkan pulangan yang bermanfaat kepada semua.
Jadi tidak salah sekiranya kita menaikkan penggunaan bahasa Melayu di peringkat dalaman terlebih dahulu.

Apa yang boleh kita lakukan??
1. Memartabatkan penggunaan Bahasa MElayu di semua peringkat organisasi
2. Memperbanyakkan bahanbahan bacaan dalam bahasa Melayu
3. Menekankan tentang peri pentingnya Bahasa Melayu kepada Masyarakat dalam proses membina ketamadunan Malaysia.
4. Mengurangkan penggunaan bahasa Inggeris dan menaikkan penggunaan bahasa Melayu
5. Memperbanyakkan kursus-kursus dalam bahasa Melayu di peringkat institusi pengajian tinggi

Sebagai masyarakat Malaysia yang ingin dipandang setaraf dengan masyarakat maju dan membangun lain, kita seharusnya berbangga denga bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh semua masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa. Melalui 1 bahasa yang dipertuturkan sebenarnya secara tidak langsung ia dapat mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di kalangan masayarakat muhibbah di Malaysia. Perpaduan dapat dibina melalui satu bahasa yang seragam.

Jadi, sebagai rakyat MAlaysia, adakah kita ingin memartabatkan bahasa MElayu di persada antarabangsa? Adakah kita ingin membina ketamadunan Malaysia kita sendiri
sungguhpun masih dianggap muda jika dibandingkan dengan mana-mana negara lain? Jawapannya terletak pada diri kita sendiri...

Monday, March 2, 2009

HidUP-hiDUp...

Kadang-kadang aku sendiri hairan
Dengan hidup aku
apa lagi yang aku nak???

Apa yang ada kat depan
aku buat tak tau jer...
nak kejar yang jauh
banyak pulak cubaan

cubaan semuanya buat aku berfikir
apa akan jadi kalau aku salah membuat keputusan?
adakah peluang kedua bagi aku?

siapa yang ada jawapan untuk soalan aku..???
aku sendiri pun tiada jawapan..

Hidup penuh rintangan
kekadang kita di bawah
kekadang kita di atas
apabila kita di bawah semua orang tak mahu pandang
tapi...
sekali dia atas, semua orang datang
sungguhpun yang tidak kita kenal...

lumrah hidup
orang mencari pengaruh hanya bila berkuasa
bila tiada apa...
langsung buat tak tahu ajer...

salah siapa???

Kita perlu fikir semula
hidup kita hanya sekejap
entah esok,
entah luse
entah sekejap lagi
kita akan akan kembali

apakah persiapan kita?
adakah Yang Maha Mengetahui akan memberi kita petanda awal?
memang bodoh kalau kita tak pandai mengambil kesempatan..
untuk apa???

BERIBADAT...
SOLAT...
AMAL KEBAJIKAN...
BERDOA...
BERTAUBAT...

banyak kita buat salah
tetapi kita lupa
tapi...
Yang Maha Mengetahui tidak pernah lupa
hanya kita yang buat-buat lupa...

memang bodoh...