Sunday, March 8, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H


Setiap tahun pada tanggal 12 Rabiulawal, umat Islam meraikan satu lagi tarikh yang amat bermakna dalam kalendar Islam iaitu tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Baginda adalah seorang insan yang terbaik yang pernah diutuskan oleh Allah SWT di atas muka bumi ini sebagai petunjuk bagi golongan-golongan jahiliyah.
Sewajarnya kita sebabagi umat Islam mengingati tarikh ini kerana ia adalah sutu tarikh yang amat penting. Adalah tidak wajar sekiranya kita mengagung-agungkan tarikh kelahiran artis-artis mahupun orang perseorangan tetapi kita lupa tarikh insan yang telah menyumbang banyak kepada perkembangan Islam di muka bumi ini.
Ingatlah kita bahawa Baginda Rasulullah SAW adalah diutuskan rahmat untuk sekelian alam...

Selamat menyambut MAULIDUR RASUL 1430 HIJRIAH..

No comments:

Post a Comment

Feel free to give your comments