Mengapa masyarakat Malaysia tidak berbangga dengan bahasa Melayu?
Pertama kali mari kita meneliti mengapa bahasa kebangsaan kita perlu diperjuangkan?
Apabila kita menyebut bahasa kebangsaan, ini bermakna bahasa perantaraan utama yang digunakan di negara ini sebagai bahasa rasmi.
Kita tidak patut menyebut bahasa kebangsaan kita sebagai bahasa Malaysia...Mengapa?
Ini kerana tiada negara yang menggunakan nama negara mereka sebagai nama bahasa rasmi..
Jadi, untuk kita, Malaysia, maka sebutan yang terbaik adalah Bahasa MElayu...
Ini bukan bermakna kita bersifat perkauman...
Sememangnya semua masyarakat di MAlaysia berkongsi satu bahasa dimana semua masyarakt memahami serta mampu bertutur dengannya, iaitu Bahasa Melayu
Jadi, adalah tidak salah sekiranya sebutan Bahasa Melayu diangkat sebagai sebutan rasmi untuk Bahas Kebangsaan, bukan Bahasa MAlaysia.
Berbalik kepada topik perbincangan, 'Mengapa masyarakat Malaysia tidak berbangga dengan bahasa Melayu?'
Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam sebuah negara yang aman makmur, berbilang kaum serta bebas merdeka, seharusnya kita berbangga dengan bahas
yang kita pertuturkan seharian. Namun dewasa ini, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama atau rasmi negara sudah dianggapp sebagai suatu yang tidak
penting. Kita lebih engutamakan bahasa Inggeris yang diangga sebgai bahas perantaraan antarabangsa yang penting. Mengapa ini terjadi?
Kemanakah hilangnya identit bahasa Melayu kita yang suatu masa dahulu dianggap sebagai bahasa lingua franca yang terpenting?
Memang tidak dinafikan bahawa seluruh dunia sekarang amat mementingkan bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa komunikasi yang utama.
Ia juga adalah bahasa yang dimana kebanyakan sumber-sumber maklumat yang terkandung adalah dalam bahasa Inggeris. Namun, adakah ini bermakna
kita perlu mengagung-agungkan bahasa Inggeris sehingga mengetepikan bahas Melayu kit sendiri?
Dimanakah identiti kita sebagai masyarakat Malaysia?
Kita ingin membina tamadun Malaysia, tetapi apakah usaha atau cara yang kita lakukan untuk membina ketamadunan Malaysia itu?
Mungkin sesetengah daripada kita menganggap Malaysia adalah sebuah negara yang masih muda untuk membina ketamadunannya sendiri jika dibandingkan dengan
tamadun-tamadun lain yang telah berusia berabad-abad lamanya. Tidak salah sekiranya kita mempunyai hasrat tersebut. Bermula dengan suatu yang kecil,
jika berterusan akan menghasilkan pulangan yang bermanfaat kepada semua.
Jadi tidak salah sekiranya kita menaikkan penggunaan bahasa Melayu di peringkat dalaman terlebih dahulu.
Apa yang boleh kita lakukan??
1. Memartabatkan penggunaan Bahasa MElayu di semua peringkat organisasi
2. Memperbanyakkan bahanbahan bacaan dalam bahasa Melayu
3. Menekankan tentang peri pentingnya Bahasa Melayu kepada Masyarakat dalam proses membina ketamadunan Malaysia.
4. Mengurangkan penggunaan bahasa Inggeris dan menaikkan penggunaan bahasa Melayu
5. Memperbanyakkan kursus-kursus dalam bahasa Melayu di peringkat institusi pengajian tinggi
Sebagai masyarakat Malaysia yang ingin dipandang setaraf dengan masyarakat maju dan membangun lain, kita seharusnya berbangga denga bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh semua masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa. Melalui 1 bahasa yang dipertuturkan sebenarnya secara tidak langsung ia dapat mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di kalangan masayarakat muhibbah di Malaysia. Perpaduan dapat dibina melalui satu bahasa yang seragam.
Jadi, sebagai rakyat MAlaysia, adakah kita ingin memartabatkan bahasa MElayu di persada antarabangsa? Adakah kita ingin membina ketamadunan Malaysia kita sendiri
sungguhpun masih dianggap muda jika dibandingkan dengan mana-mana negara lain? Jawapannya terletak pada diri kita sendiri...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Feel free to give your comments